Oktober 21, 2009

Jalinan Ukhwah perlu di perkukuh...

salam ukhuwah... sering kali kata tidak tersusun, bicara pula kerap menyinggung.... tapi jauh disudut hati blog ini perlu dilayari dari dibiarkan sepi biarpun tiada siapa singgah untuk melihat. tapi itu semua bukan sebab utk tidak diri sendiri berbicara luahan hati sendiri kerana bagi ku, blog ini seperti satu tempat luahan hati ataupun sekadar diari sbg pengingat diri tentang apa yg telah ku lewati saban hari agar nanti teringat kembali apa yg tlh diri ini lalui pd hari tersebut...

pd tanggal 20hb (selasa) lepas, sy berpeluang bersama2 rakan2 PERKIM UUM yg lain utk pergi ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani utk menziarahi pesakit2 disitu.. kedatangn kami turut disertai oleh beberapa orang AJK perkim Kuala Muda.. kakitangan hospital menyambut kedatangan dgn begitu mesra sekali walaupun siapalah kami, sekadar mahasiswa dr sebuah IPTA. kadangkala timbul perasaan yg bercampur baur dlm hati... walaupun seorang pelajar dr sebuah IPT yg masih mentah dan tidak byk berbakti utk negara tapi kemana pergi tetap mendapat kerjasama dan tidak diperlekeh oleh masyarakat. Adakah ini salah satu kelebihan bg seseorg yg bergelar pelajar IPT.. Ini bukanlah kali pertama sy sertai program luar yg melibatkn kakitangan kerajaan ada diantara mereka bergelar pengarah, pengurus malah punyai pangkat dan pengalaman yg luas namun tidak sesekali memandang kami seorg pelajar IPT seperti seorg budak yg baru mengenal dunia.. kerjasama dan layanan mesra yg diberi begitu diluar jangkaan sehingga merasakan diri ini seperti org besar lagaknya..

sebelum sy dan rakan2 yg lain dibenarkan melawat pesakit disitu, kami diberi penerangan serba sedikit tentang hospital tersebut. Hospital ini dibuka pd tahun 1920 namun telah berpindah tempat ketempat sekarang ini yg mula beroperasi pd thun 2007. kelengkapan ditambah dan bilik2 utk pesakit juga ditambah.. kakitangan yg berdedikasi dan penyayang dengan slogan mereka " kami prihatin" menjadi kata2 yg akan menyebabkan pesakit senang hati atas layanan mereka. tatkala kami dilepaskan utuk menziarahi pesakit2 disini yg mana kami sendiri tidak pernah kenal untuk betanya khabar, hati ini tersentuh apabila bertemu dengan seorang kanak2 lelaki berusia 12 tahun yg tdk punyai ayah kerana telah meninggal dunia dan lebih sedih tidak punyai adik beradik lain utk menumpang kasih sedangkan ibu sedang terbaring kerana menderita sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.. apalah nasib kanak2 ini nanti.. sebak memenuhi ruang hati yang jika tidak dikawal tentu mencurah air dipipi.. hati ini perlu kuat..

apa yang mampu diri ini dan rakanku raudzatul tinggalkn pdnya yg juga merupakan harapan kami agar anak ini mampu harungi hidup ini dan tabah dalam menjalani hidupnya yg begitu berat bg kami yg mendengar... apalah yg mampu kami lakukan selain doa mengiringi agar ALLAH memberi perlindungan pdnya.. sedangkan diusia ku kini masih berat utk ku tanggung jika keadaan sedemikian menimpa pdku kini apatah lagi bg kanak2 berusi 12 tahun ini.. byk perkara jika kita tidak lalui dan rasai sendiri kita tidak tahu dan mengerti apa yg terjadi,,, nekad ku tanam dalam hati untuk berjumpa dgn dirinya lg kerana anak kecil ini mengajar aq erti sebuah keluarga yg aq miliki dan kehidupan..

Jutaan terima kasih kepada kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim diatas layanan mesra yg diberi dan bagiku ianya lebih kpd sebuah pelajaran yg tidak ku temu dalam sebuah buku walaupun atas tajuk kemanusiaan dan kemasyarakatan kerana jauh sekali bgiku utk menyentuh dan membelek buku ini walaupun ada di luar sana.. Terima kasih Ya ALLAH diatas apa yg telah kau tunjukkan pdaku utk diri ini mengenal erti kedewasaan dlm meniti hidup ini... peliharalah diri ini dan tambahkan lagi rasa kasih ku utk ku berbakti di jalan agamamu...

tiada kata yg boleh ku luah lagi... ptg 2 pula sbg 1 aktiviti utk merapatkan lagi ukhwah kami sebagai kadet pertahanan awam uum, kami menghabiskan ptg kami berkumpul bersama2 menikmati suasana ptg di hadapan tasik guthrie ataupn kini bertukar nama kpd tasik sime darby.. tasik buatan dalam campus uum nie setiap hari ku lalui... ptg 2 kami membuat sedikit bbq sebagai tanda telah 3 semester kami bersama dan sem dpn sem terakhir kami bersama dalam 1 unit beruniform ini,,, byk suka duka kami bersama namun jarang bersua utk duduk bersama, pluang ini digunakan sebagai 1 platform utk kami terus merapatkan ukhwah kami sebagai pelajar dan rakan yg hanya akan berbicara tatkala adanya perjumpaan.

cukup sudah kata2 ku luahkan disini , jika ada kesempatan dan perlu utk ku simpan sebagai pengingat diri akan aq catatkan disini kerana bgku blog ini sudah seperti 1 diari yg akan tatap dan simpan utk ku lihat kembali dimasa2 akan dtg... sekiranya masih ada sesiapa diluar sana masih sudi melawat terima kasih ku ucapkan dan semoga kita mengambil ikhtibar diatas apa yg terjadi di atas muka bumi ini... sekian aslkm..

0 ulasan: