Disember 16, 2009

Masih adakah mentari esok untukku...


Ntahlaaa... sblm tu.. ASALAMMUALAIKUM..
Knaper yer,,, hari nie begitu muram sejak balik untuk cuti semester,,, geram ader... nk marah2 pn ader... kenaper dgn aq hari nie.. sejak pagi lagi memang mood yg dialami cukup memeningkan kepala... adik yang selalu cari pasal,, selalunya aq diamkan tapi hari nie perasaan marah semacam menguasai diri...

Ya ALLAH... kenapa dgnku hari nie,,, nak bercakap pn malas... xtaulah aper yang aq sedihkan.. xtau pada siapa n pd aper harus diluah kekusutan dalam minda.. bermacam persoalan timbul dan aq xtau aper jwpannya.. mgkinkah bermula disebabkan peristiwa mlm tadi... tapi kalau diikutkan itu bukanlah penyebab utama.. tidak pernah terlintas di fikiran dan hati ini untuk mempermainkan perasaan orang lain,,, salahkah andainya hanya ingin bersahabat... letihnya dengan semua ini... sukarkah untuk dimengerti... binggung,,, buntu dan keliru memikirkannya...

Adakah diriku diselubungi kemuraman bagaikan mentari yang tidak bersinar indah seperti selalunya.. pelik ker diriku ini,, andainya perasaan aq bersandarkan pd cuaca yang tidak tentu.. aq senang bila matahari memancar cerah,, walaupun panas dan bahang adakalanya membuatkan ku tak tahan namun itulah suasana yang paling aq sukai.. apakah kaitan matahari dengan diriku.. sering kali aq resah pabila waktu hujan tapi bukanlah aq tidak menyukai hujan.. hujan itu satu anugerah dan nikmat ... Pabila ku kesedihan, punya rasa bersalah, apabila hati trasa bagaikan api kemarahan membara terutama sakitnya hati ini...bahagia rasanya diri bila disirami air hujan yg bg ku,,, mencuci segala dosa dan memadamkam api kemarahan dalam jiwa..

Ya Allah,, berilah ku ketenangan,, jangan diuji diriku dgn dugaan yg tidak mampuku tanggung,, berilah ku kesabaran dalam meniti perjalanan kehidupan,, matangkanlah dan bantulah diriku berfikir sedalam dan selapangnya sebelum membuat keputusan... bantulah hambamu yang lemah ini.. ku tak berkuasa dan tidak punyai apa2 tanpa pinjamanmu.. Adakala terasa hina diri ini apabila sering kali lalai dan tidak mengendahkanmu.. berilah petunjuk mu,, bantulah ku berada di jalan yang benar.. Hanya 1 yg benar2 ku pinta,, andai umur ku tidak panjang ambilah nyawaku dan matikanlah ku dalam iman.. andai umur ku panjang jangan sesekali disimpangkan hati ini untuk melanggar dan tidak mentaatimu.. apa guna umurku panjang andai dalam tempoh itu ku lalai menyiapkan bekalan kesana..

Erm... apabila segala telah terluah,, sedikit tenang hati ini lagi2 bila ku lihat di luar tingkap sang suria telah memancar indah memberi kehangatan .. Fuhh..... nikmatnya bila dapat merasainya lagi. Hari ini berakhirlah 1430 hijrah.. pabila masuk saja waktu magrib,, bermulalah tahun baru 1431 hijrah.. apatahlagi hari ini khamis malam jumaat.. Ya Allah ampunilah dosa ku, dosa org tuaku, adik beradiku, saudara maraku, guruku, rakanku dan umat islam seluruhnya dimana sahaja mereka berada,, kurangkanlah seksaan yang kau berikan kepada saudara seagamaku yang berada di alam barzakh akibat kelalaian mereka dulu.. sesungguhya hanya mu yang maha pemurah dan maha mengasihani.. peliharalah kami dan berikanlah kesihatan kepada kami yang masih bernafas ini kesihatan yang baik dan ingatkanlah kami supaya tidak lalai melakukan perintahmu YA ALLAH..




Jadikanlah tahun hadapan sebagai permulaan yang baik bagiku dalam terus menjalani hidup,berilah diriku ilmu dan pengalaman berguna dalam meniti hari,, bimbinglah diriku keluar dari kejahilanku.. peliharalah diriku yang seringkali lalai dan leka dengan kehidupan sementara didunia ini.. Apakah mampuku bertahan andai bermacam lagi dugaan perlu ku lalui,, masihkah bisa ku bertahan.. kuatkanlah diriku,, jangan biar ku mengalah walau apa pun cabarah yang datang singgah dan peringatkan ku apa yang ku lupa tentang janji yang pernah ku luah dahulu dalam sedar atau tidakku..

Insan lemah ini tidak tahu apa akan berlaku esok hari,, bahagiakah atau sebaliknya di penghujung kehidupan.. pintaku jadikanku anak yang dapat membahagiakan orang tuaku,, andai ku punya peluang jadikanlah ku seorang isteri solehah yg taat dan selalu disamping suamiku saat susah dan senangnya.. dan andai kata ku ditakdirkan menjadi seorang ibu bantulah ku membesarkan anak2 yang mana amanah yang kau berikan agar mereka berjaya didunia dan akhirat.. andai kata ku berjaya kelak jagalah hatiku agar perasaan bongkak dan tinggi diri tidak menguasai diri.. kejayaan yang ku miliki xkan mampu ku peroleh tanpa perkenanmu.. ingatkan diriku agar perasaan merendah diri menghiasi diri.. Mampukah insan kerdil dan serba kekurangan ini,,, ku tak daya tanpamu Ya ALLAH..

Bertuah rasanya diri ini apabila perlajanan hidup x sesukar orang lain dan dilandasan yang betul.. kutahu semu ini berkat tunjuk ajarmu walaupun adalanya terdapat yang tersirat disebalik yang tersurat.. Benarlah kata2 yg sering ku dgr,, ada hikmah disebalik yang berlaku dan sabarlah apabila diri ditimpa kesusahan, jangan mengeluh tapi banyakkanlah bersabar dan bersyukur akan ada ganjaran di penghujungnya.. mampukahku bila mana iman masih senipis kulit bawang.......

cukuplah disini dulu,, andai kata tidak seindah bahasa, andai rasa luahan menyakiti hati.. ampunilah diriku,, ku tak pinta apa2 tapi jgnlah perasaan marah dan benci ditambah padaku kerana ku tak tahu dan pasti berapa ramaikah diluar sana yang sakit hati dan membenciku.. tapi tiada perasaan benci dariku untuk mereka diluar sana kerana ku teringat pabila kita memaafkan kesalahan orang lain,, hati kita dengan sendirinya tenang..

Akhir kata SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU BAGI SELURUH UMAT ISLAM DIDUNIA tidak kira dimana berada.. 1431 HIJRAH..





Disember 15, 2009

cayalaahhhh... wuhuu..


ASALAMMUALAIKUM,, pembuka bicara.. sebelum kata mulai berbicara, sebelum jari terus lancar menaip bait kata2.. ( aper nie... sejak biler bermadah2 nie..)

k,lah... straight to the point jelah,,,malam tadi tepat jam 8.00 malam ,14/12/2009 lokasiny di hadapan tv dengn menonton tv2.. dengan kedua mata ini menyaksikan perlawanan bola sepak lelaki diantara Malaysia menentang tuan rumah suka sea kali ini iaitu Laos untuk merebut tempat ker final yang bakal bertemu dengan Vietnam.. perlawanan ini didakan di kompleks sukan bukit jalil... ehhhh!!!! SILAP2... kompleks sukan vientien, dkt laos laa..

Xpyhla cerita pnjg2.. ke happy an bermula apabila pemain skuad kebangsaan di bawah bimbingan Rajagopal iaitu no.23, Badrol bakhtiar menjaringkan gol di minit 14... waktu itu ,,, fulamak cayalahhh.... hingga berakhirnya separuh masa pertama,,, kedudukan kekal 1 berbalas 0... cayalah,,,, selepas berehat seketika... bersambunglah permainan masuk separuh masa kedua..

di separuh masa ke-2,, rajagopal masih menurunkan pemain sama yg bermain utk separuh masa pertama tadi.. tetapi kali ini ,, Laos telah bangkit dan membuat serangan berantai yg bertubi-tubi hingga memaksa pemain no.7 iaitu aidil zakuan selaku captain mengarahkan rakan2nya yg len untuk menjaga dan memperkemaskan pertahanan,, namun disaat permainan berinjak ke minit 74,,, pemain no 10 laos berjaya menyamakan kedudukan terikay 1-1.. wahhh,,, betul2 membuatkan x senang duduk nie.. bersorak kehappy an laa warga laos yg menyaksikan perlawanan nie...

Laos bercita2 besar utk mara ke final... namun harapan mereka mula dipatahkan dengan bersaksikan hampir keseluruhan yg menonton terdiri dari warga laos membanjiri stadium dengan memakai baju berwarna putih sedikit hampa apabila pd minit ke 84 ( lau x silap) pemain ber no.23 skuad hariamau Malaysia iaitu Badrol sekali lagi menjaringkan gol kedua yang menerjah gawang yg dimulakan oleh rakannya pemain no 16, kunalan.. gol kedua itu sedikit memberikan harapan untuk Malaysia melangkah ke pentas final..

cayalahhh,,,, namun Laos x berputus asa,, mereka tetap jua berjuang hingga ke akhirnya.. namun serangan mereka dapat ditepis penjaga gol kedua skuad negara iaitu per ntah nama dia( nama dia susah sikit nk sebut.... maaf byk2,,,)tapi dia memang hebat malam tadi.. lebih parah apabila permainan hampir tamat sebelum masuk masa kecederaan 3 minit,, 1 lagi gol telah disumbangkan oleh pemain no 10 iaitu safiq untuk melengkapkan Malaysia 3 dan Laos 1.... ader jugak skuad negara mencuba mendapatkan 1 lagi gol untuk mara ke final dgn 4-1 yang mana Vietnam berjaya mara ke final selepas menewaskan Singapura 4-1.. tapi xper,,, cukup lah 2... hebat laa..

setelah wisel berbunyi,, maka dgn ini tamatlah permainan dengan Malaysia berjaya mara ke final bertemu dgn Vietnam. Sekalung tahniah untuk mereka yang bermain bermati-matian... selamat berjuang di pentas Final nanti..


cukuplah dulu untuk kali ini... harap maaf andai ader terkurg n tersilap... k,, trimass yaaa pd yg sudi membaca.. jumpa lg... salam..

cayalaahhhh... wuhuu..


Asalammualaikum.. pembuka kata,, memang sudah adat melayu bersopan tuntutan utama,, sebelum bicara petah mengalun bicara, sebelum jari pantas menari tarian indah diatas papan kekunci adalah elok kiranya... (ehhh... stop2,,, aper nie..) k,lah.. tanpa membuang masa terus jelah straight to da point jelah yer...

Aper pasal tajuk entri ceng gitu.. owh,,, nie adalah disebabkan keterujaan menyaksikan perlawanan bola sepak lelaki dimana skuad Malaysia menentang Laos untuk mendapatkan tempat bertemu Vietnam di final sukan sea di Laos.. wuuhuuu... teruja btul biler tgk bola yang berlintas langsung di kompleks sukan bukit jalil... eh!!!! silap2,,, kompleks sukan Vientien ( btul ker ejaan dier cm nie ??)
Laos yang dipancar trus melalui channel tv2 dunia ria... yang ditaja oleh TM yang memang merintis kemungkinan.. sokonglah TM... yeahaa,,

Dkt tv2 , siaran bermula jam 8.oo malam waktu Malaysia,, xtaulaa kt Laos pkul braper... okey,,, gol pertama telah dimulakan oleh pemain skuad Malaysia dimana pemain n0.23 iaitu Badrol bakthiar telah berjaye menerobosi gawang pihak lawan pada minit ker 14 dan kedudukan ini kekal hingga tamat separuh masa pertama... cayaalaahhh...

Namun di separuh masa kedua,, suasana semakin tegang dan hangat apabila Laos telah melakukan gerak atur yang bisa menggugat pemain dan juga sesiapa saja yg menyaksikan perlawanan ini.. sekalung pujian patut diberi kepada pemain pertahanan dan juga penjaga gol yang merupakan penjaga gol kedua pasukan Malaysia.. bersungguh betul mereka mencuba mempertahankan kawasan Malaysia dari diceroboh... namun di minit ke 74 gawang Malaysia telah berjaya dibolosi oleh pemain no 10 (lau x silap) yg menendang kencang menerjah gol Malaysia,,, masa tu adoiaiii.... tapi penonton yg hampir keseluruhan penyokong Laos besorak riang bagaikan memberi harapan kepada Laos untuk mengintai peluang melangkah ke final.

Namun kedudukan 1-1 tidak lama apabila sekali lagi pemain skuad harimau berno. 23 sekali lagi menendang bola ke jaring laos di minit ke 84.. awalnya bola hadir dari pemain no.16 Malaysia iaitu kunalan hanya menggegar palang gol tapi kesempatan betul2 dimanfaatkan oleh badrol untuk meletakkan Malaysia dihadapan 2-1.. wuuhuuuu.... lega den.. tapi Laos tetap berjuang bermati-matian untuk mencuba menyamakan kedudukan..

Memang sudah rezeki untuk Malaysia apabila diminit2 akhir pemain skuad negara n0.10 safiq menghadiahkan 1 lg gol untuk negara untk Malaysia melangkah dengan bergaya di pentas final bertemu Vietnam apabila Vietnam berjaya menumpaskan singapura dengan 4-1..syabas dan tahniah kepada aidil selaku capiteno( kapten r 2..) dan rakan2nya antaranya shahrol, amar,manaf,dan len2.. dibawah didikan Rajagopal..

Semoga skuad harimau negara ini akan berjaya menghadiahkan emas untuk negara apabila kali terakhir Malaysia mendapat emas menerusi bola sepak pada sukan sea 1991.. ( lamaaa 2...) teruskan berjuang...

Sampai disini dulu, ampun maaf dipinta andai tersalah bicara , tersilap fakta.. huhuu.. jumpa lagi.. wasalam..

Disember 12, 2009

Belum Waktunya Untuk ku...

(sesuai g ker tanya seolan 2 skrg,,, emmm..)

Salam.. aii.. lama btul xsinggah menjenguk n menulis dkt blog nie.. sian kau blog,,, kna tinggal cm 2 jer.. x patut-xpatut.. hu3x.. (cehh x patut..., pdhal sape yg wt blog nie cm 2 hah!!!)

Erm... ape nk tulis dlm entri kali nie yer,,, bkn sengaja tinggalkn kau tnpa entri wahai blog tapi sblm cuti ri2 memg byk btul tuntuuuutan kerja yg prlu diselesaikan.. dgn xam lg.. adoiai.. xam oh xam..

Pd hari ahad, lg2 time cuti sekolah memglh ramai yg mengambil kesempatan utk melangsungkan perkahwinan.. tapikan kenapa ramai org memilih utk melangsungkan perkahwinan tika cuti musim sekolah??
(musykil betul,,,,, pdhal yg cuti budk2 sekolah... erm... -- fikirlah sendiri jwpnnya.)

........sekadar hiasan......

Bila sebut pasal kahwin, skarang ramai juga yg mengambil keputusan untuk berkahwin awal atau di usia awal 20-an.. bukan sahaja mereka yang telah bekerja, namun terdapat juga penuntut2 yg sedang melanjutkan pengajian tinggi juga merancang untuk berkahwin awl.. agaknya knapa yer... ( tepuk dada tanya apa rasa...,, then sendiri jawablah yaaa.....)
Memang tak salah kalau nak berkahwin awal tapi bg sylh diawal usia 20-an (sy diantaranya...) nilah masanya utk menambah ilmu n pengalaman dan masa inilah dihabiskan untuk merayau kehulu-kehilir tapi wat benda berfaedah laaa..

Agaknya x susah ker nak lakukan semua tu bila da berkahwin karang.. ntahlaa, myb ada yg kata lg senang nk lakukan semua itu coz ada org disisi tpi kalau da beranak - pinak senang jugak ker... (emmm...) apepun lain org lain jawapannya.. myb kahwin awl bgus coz ada yg mmberi sokongan dan dorongan cm isteri bg sokongan kat suami dia utk berjaya..( lau cm nie baguslahh) tapi mcmmana pula yg telah berkahwin, sama2 belajar lg.. ( ditaja oleh FAMA kot.. xpun kerja part time..) ntahlaa xder pengalaman n xbleh ckp aper,, takut kena kt diri sndri pulak... (hu3x..)

Tapi memg patut sgtlah klu yg berkahwin 2 memg da sedia memikul tanggjwab.. (bukn seng 2..) prnh jgak dgr,, sbg suami n ketua keluarga, dia perlu menjlankn tgjwb mdidik istri dan ank dia, bkn stakat di dunia tapi kena jwb juga di akhirat nanti.. lau berjaya.. ( Alhamdulillah..) tapi sebaliknya ... tgjwb isteri pn berat juga,, apatah lg sebagai seorg ibu kelak.. ( semoga kita semua berjaya menjalankan tanggungjawab itu sebaiknya...) Lg satu, wpn da berkahwin seorg lelaki harus mengutamakan ibunya dari isterinya tapi seorg pmpn setelah brgelar isteri pula perlu mengutamakan suaminya dr keluarganya.. (tp jgn smpai buang family pulak...)

Pandangan sy tntg diri sy sendiri buat masa skrg... (Sams.. kau memg xbleh nk kahwin skrg...) fikir pasal 2 pn x layak lg... hanya kita sendiri yg menilai diri kita sendiri,,, baik buruk diri kita, kita sendiri tahu,,, xckup matang,, (kdg cm bdk2 jer pragai..) bertindak ikut kepala sendiri, kelam kabut.. masak pn xpandai sangat,,, (xkn hari2 nk makan kfc jer.,, wat naye ank org 2 jer krg..) blajr pn xhabis lg, abg sndiri pn xkahwin,.( lgkh bendul krg..) aset lgsung laa xder,,, hutang ngan PTPTN aderlh.. ( nie utk sy sndri,, org len n swaktu dgnnyer jgn terasa yer...) g satu sams nie kuat merayau,, org ckp lau ader tahi lalat kat tapak kaki, memg kuat merayau.. btul r 2 kot... pantang ader mtor kt uma, mrayau jer kejer... xreti duk diam.. krg lau kahwin n ader anak xpuas daa berjalan..( Malaysia kaya dgn tmpt menarik,,, jom cuti2 Malaysia..)

Jadi secara konkusinya, diawal usia 20-an ni balun habis2-an berjalan.. krg da kejer xder masa nk merayau ngan kawan2 nie.. kumpul seberapa byk ilmu didada, buatlh bermacam kejer yg halal utk timba pengalaman (bkn air) utk bekalan dimasa hadapan ( MENABUNGLAH UNTUK MASA DEPAN ANDA...) Rasanya pertengahan 20-an boleh laa lau da rasa nk kahwin kot tapi masalhnyer... ader org nk ker.... hahahahaha...

Cukuplah sampai sini,, ampun dan maaf lau ader yg terasa.. trimass laa lau ader yg sudi jengah n jenguk blog nie.. pd blogku, janjiku... sepanjang cuti nie,, akn ader entry utk kau wahai blog...

Akhir kata.. majulah sukan utk negara.. marilah kita berdoa dan menyokong supaya terutamanya pasukan bola sepak negara (LELAKI) mara ke final di sukan SEA di laos.. yeehaaa..

Oktober 21, 2009

Jalinan Ukhwah perlu di perkukuh...

salam ukhuwah... sering kali kata tidak tersusun, bicara pula kerap menyinggung.... tapi jauh disudut hati blog ini perlu dilayari dari dibiarkan sepi biarpun tiada siapa singgah untuk melihat. tapi itu semua bukan sebab utk tidak diri sendiri berbicara luahan hati sendiri kerana bagi ku, blog ini seperti satu tempat luahan hati ataupun sekadar diari sbg pengingat diri tentang apa yg telah ku lewati saban hari agar nanti teringat kembali apa yg tlh diri ini lalui pd hari tersebut...

pd tanggal 20hb (selasa) lepas, sy berpeluang bersama2 rakan2 PERKIM UUM yg lain utk pergi ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani utk menziarahi pesakit2 disitu.. kedatangn kami turut disertai oleh beberapa orang AJK perkim Kuala Muda.. kakitangan hospital menyambut kedatangan dgn begitu mesra sekali walaupun siapalah kami, sekadar mahasiswa dr sebuah IPTA. kadangkala timbul perasaan yg bercampur baur dlm hati... walaupun seorang pelajar dr sebuah IPT yg masih mentah dan tidak byk berbakti utk negara tapi kemana pergi tetap mendapat kerjasama dan tidak diperlekeh oleh masyarakat. Adakah ini salah satu kelebihan bg seseorg yg bergelar pelajar IPT.. Ini bukanlah kali pertama sy sertai program luar yg melibatkn kakitangan kerajaan ada diantara mereka bergelar pengarah, pengurus malah punyai pangkat dan pengalaman yg luas namun tidak sesekali memandang kami seorg pelajar IPT seperti seorg budak yg baru mengenal dunia.. kerjasama dan layanan mesra yg diberi begitu diluar jangkaan sehingga merasakan diri ini seperti org besar lagaknya..

sebelum sy dan rakan2 yg lain dibenarkan melawat pesakit disitu, kami diberi penerangan serba sedikit tentang hospital tersebut. Hospital ini dibuka pd tahun 1920 namun telah berpindah tempat ketempat sekarang ini yg mula beroperasi pd thun 2007. kelengkapan ditambah dan bilik2 utk pesakit juga ditambah.. kakitangan yg berdedikasi dan penyayang dengan slogan mereka " kami prihatin" menjadi kata2 yg akan menyebabkan pesakit senang hati atas layanan mereka. tatkala kami dilepaskan utuk menziarahi pesakit2 disini yg mana kami sendiri tidak pernah kenal untuk betanya khabar, hati ini tersentuh apabila bertemu dengan seorang kanak2 lelaki berusia 12 tahun yg tdk punyai ayah kerana telah meninggal dunia dan lebih sedih tidak punyai adik beradik lain utk menumpang kasih sedangkan ibu sedang terbaring kerana menderita sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.. apalah nasib kanak2 ini nanti.. sebak memenuhi ruang hati yang jika tidak dikawal tentu mencurah air dipipi.. hati ini perlu kuat..

apa yang mampu diri ini dan rakanku raudzatul tinggalkn pdnya yg juga merupakan harapan kami agar anak ini mampu harungi hidup ini dan tabah dalam menjalani hidupnya yg begitu berat bg kami yg mendengar... apalah yg mampu kami lakukan selain doa mengiringi agar ALLAH memberi perlindungan pdnya.. sedangkan diusia ku kini masih berat utk ku tanggung jika keadaan sedemikian menimpa pdku kini apatah lagi bg kanak2 berusi 12 tahun ini.. byk perkara jika kita tidak lalui dan rasai sendiri kita tidak tahu dan mengerti apa yg terjadi,,, nekad ku tanam dalam hati untuk berjumpa dgn dirinya lg kerana anak kecil ini mengajar aq erti sebuah keluarga yg aq miliki dan kehidupan..

Jutaan terima kasih kepada kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim diatas layanan mesra yg diberi dan bagiku ianya lebih kpd sebuah pelajaran yg tidak ku temu dalam sebuah buku walaupun atas tajuk kemanusiaan dan kemasyarakatan kerana jauh sekali bgiku utk menyentuh dan membelek buku ini walaupun ada di luar sana.. Terima kasih Ya ALLAH diatas apa yg telah kau tunjukkan pdaku utk diri ini mengenal erti kedewasaan dlm meniti hidup ini... peliharalah diri ini dan tambahkan lagi rasa kasih ku utk ku berbakti di jalan agamamu...

tiada kata yg boleh ku luah lagi... ptg 2 pula sbg 1 aktiviti utk merapatkan lagi ukhwah kami sebagai kadet pertahanan awam uum, kami menghabiskan ptg kami berkumpul bersama2 menikmati suasana ptg di hadapan tasik guthrie ataupn kini bertukar nama kpd tasik sime darby.. tasik buatan dalam campus uum nie setiap hari ku lalui... ptg 2 kami membuat sedikit bbq sebagai tanda telah 3 semester kami bersama dan sem dpn sem terakhir kami bersama dalam 1 unit beruniform ini,,, byk suka duka kami bersama namun jarang bersua utk duduk bersama, pluang ini digunakan sebagai 1 platform utk kami terus merapatkan ukhwah kami sebagai pelajar dan rakan yg hanya akan berbicara tatkala adanya perjumpaan.

cukup sudah kata2 ku luahkan disini , jika ada kesempatan dan perlu utk ku simpan sebagai pengingat diri akan aq catatkan disini kerana bgku blog ini sudah seperti 1 diari yg akan tatap dan simpan utk ku lihat kembali dimasa2 akan dtg... sekiranya masih ada sesiapa diluar sana masih sudi melawat terima kasih ku ucapkan dan semoga kita mengambil ikhtibar diatas apa yg terjadi di atas muka bumi ini... sekian aslkm..