Disember 15, 2009

cayalaahhhh... wuhuu..


Asalammualaikum.. pembuka kata,, memang sudah adat melayu bersopan tuntutan utama,, sebelum bicara petah mengalun bicara, sebelum jari pantas menari tarian indah diatas papan kekunci adalah elok kiranya... (ehhh... stop2,,, aper nie..) k,lah.. tanpa membuang masa terus jelah straight to da point jelah yer...

Aper pasal tajuk entri ceng gitu.. owh,,, nie adalah disebabkan keterujaan menyaksikan perlawanan bola sepak lelaki dimana skuad Malaysia menentang Laos untuk mendapatkan tempat bertemu Vietnam di final sukan sea di Laos.. wuuhuuu... teruja btul biler tgk bola yang berlintas langsung di kompleks sukan bukit jalil... eh!!!! silap2,,, kompleks sukan Vientien ( btul ker ejaan dier cm nie ??)
Laos yang dipancar trus melalui channel tv2 dunia ria... yang ditaja oleh TM yang memang merintis kemungkinan.. sokonglah TM... yeahaa,,

Dkt tv2 , siaran bermula jam 8.oo malam waktu Malaysia,, xtaulaa kt Laos pkul braper... okey,,, gol pertama telah dimulakan oleh pemain skuad Malaysia dimana pemain n0.23 iaitu Badrol bakthiar telah berjaye menerobosi gawang pihak lawan pada minit ker 14 dan kedudukan ini kekal hingga tamat separuh masa pertama... cayaalaahhh...

Namun di separuh masa kedua,, suasana semakin tegang dan hangat apabila Laos telah melakukan gerak atur yang bisa menggugat pemain dan juga sesiapa saja yg menyaksikan perlawanan ini.. sekalung pujian patut diberi kepada pemain pertahanan dan juga penjaga gol yang merupakan penjaga gol kedua pasukan Malaysia.. bersungguh betul mereka mencuba mempertahankan kawasan Malaysia dari diceroboh... namun di minit ke 74 gawang Malaysia telah berjaya dibolosi oleh pemain no 10 (lau x silap) yg menendang kencang menerjah gol Malaysia,,, masa tu adoiaiii.... tapi penonton yg hampir keseluruhan penyokong Laos besorak riang bagaikan memberi harapan kepada Laos untuk mengintai peluang melangkah ke final.

Namun kedudukan 1-1 tidak lama apabila sekali lagi pemain skuad harimau berno. 23 sekali lagi menendang bola ke jaring laos di minit ke 84.. awalnya bola hadir dari pemain no.16 Malaysia iaitu kunalan hanya menggegar palang gol tapi kesempatan betul2 dimanfaatkan oleh badrol untuk meletakkan Malaysia dihadapan 2-1.. wuuhuuuu.... lega den.. tapi Laos tetap berjuang bermati-matian untuk mencuba menyamakan kedudukan..

Memang sudah rezeki untuk Malaysia apabila diminit2 akhir pemain skuad negara n0.10 safiq menghadiahkan 1 lg gol untuk negara untk Malaysia melangkah dengan bergaya di pentas final bertemu Vietnam apabila Vietnam berjaya menumpaskan singapura dengan 4-1..syabas dan tahniah kepada aidil selaku capiteno( kapten r 2..) dan rakan2nya antaranya shahrol, amar,manaf,dan len2.. dibawah didikan Rajagopal..

Semoga skuad harimau negara ini akan berjaya menghadiahkan emas untuk negara apabila kali terakhir Malaysia mendapat emas menerusi bola sepak pada sukan sea 1991.. ( lamaaa 2...) teruskan berjuang...

Sampai disini dulu, ampun maaf dipinta andai tersalah bicara , tersilap fakta.. huhuu.. jumpa lagi.. wasalam..

0 ulasan: