Disember 15, 2009

cayalaahhhh... wuhuu..


ASALAMMUALAIKUM,, pembuka bicara.. sebelum kata mulai berbicara, sebelum jari terus lancar menaip bait kata2.. ( aper nie... sejak biler bermadah2 nie..)

k,lah... straight to the point jelah,,,malam tadi tepat jam 8.00 malam ,14/12/2009 lokasiny di hadapan tv dengn menonton tv2.. dengan kedua mata ini menyaksikan perlawanan bola sepak lelaki diantara Malaysia menentang tuan rumah suka sea kali ini iaitu Laos untuk merebut tempat ker final yang bakal bertemu dengan Vietnam.. perlawanan ini didakan di kompleks sukan bukit jalil... ehhhh!!!! SILAP2... kompleks sukan vientien, dkt laos laa..

Xpyhla cerita pnjg2.. ke happy an bermula apabila pemain skuad kebangsaan di bawah bimbingan Rajagopal iaitu no.23, Badrol bakhtiar menjaringkan gol di minit 14... waktu itu ,,, fulamak cayalahhh.... hingga berakhirnya separuh masa pertama,,, kedudukan kekal 1 berbalas 0... cayalah,,,, selepas berehat seketika... bersambunglah permainan masuk separuh masa kedua..

di separuh masa ke-2,, rajagopal masih menurunkan pemain sama yg bermain utk separuh masa pertama tadi.. tetapi kali ini ,, Laos telah bangkit dan membuat serangan berantai yg bertubi-tubi hingga memaksa pemain no.7 iaitu aidil zakuan selaku captain mengarahkan rakan2nya yg len untuk menjaga dan memperkemaskan pertahanan,, namun disaat permainan berinjak ke minit 74,,, pemain no 10 laos berjaya menyamakan kedudukan terikay 1-1.. wahhh,,, betul2 membuatkan x senang duduk nie.. bersorak kehappy an laa warga laos yg menyaksikan perlawanan nie...

Laos bercita2 besar utk mara ke final... namun harapan mereka mula dipatahkan dengan bersaksikan hampir keseluruhan yg menonton terdiri dari warga laos membanjiri stadium dengan memakai baju berwarna putih sedikit hampa apabila pd minit ke 84 ( lau x silap) pemain ber no.23 skuad hariamau Malaysia iaitu Badrol sekali lagi menjaringkan gol kedua yang menerjah gawang yg dimulakan oleh rakannya pemain no 16, kunalan.. gol kedua itu sedikit memberikan harapan untuk Malaysia melangkah ke pentas final..

cayalahhh,,,, namun Laos x berputus asa,, mereka tetap jua berjuang hingga ke akhirnya.. namun serangan mereka dapat ditepis penjaga gol kedua skuad negara iaitu per ntah nama dia( nama dia susah sikit nk sebut.... maaf byk2,,,)tapi dia memang hebat malam tadi.. lebih parah apabila permainan hampir tamat sebelum masuk masa kecederaan 3 minit,, 1 lagi gol telah disumbangkan oleh pemain no 10 iaitu safiq untuk melengkapkan Malaysia 3 dan Laos 1.... ader jugak skuad negara mencuba mendapatkan 1 lagi gol untuk mara ke final dgn 4-1 yang mana Vietnam berjaya mara ke final selepas menewaskan Singapura 4-1.. tapi xper,,, cukup lah 2... hebat laa..

setelah wisel berbunyi,, maka dgn ini tamatlah permainan dengan Malaysia berjaya mara ke final bertemu dgn Vietnam. Sekalung tahniah untuk mereka yang bermain bermati-matian... selamat berjuang di pentas Final nanti..


cukuplah dulu untuk kali ini... harap maaf andai ader terkurg n tersilap... k,, trimass yaaa pd yg sudi membaca.. jumpa lg... salam..

0 ulasan: